Sunday, July 31, 2011

PETRONAS TEMUI TELAGA GAS BARU

PETRONAS membuat dua penemuan penting gas asli di kawasan air cetek luar pantai barat Sabah, yang berpotensi meningkatkan lagi bekalan sumber itu bagi memenuhi permintaan domestik.

Malaysia adalah pengeksport gas asli cecair (LNG) kedua terbesar selepas Qatar pada 2009, namun jatuh ke tangga ketiga selepas Indonesia tahun lalu berikutan penurunan pengeluaran daripada lapangan gas yang uzur.

Sementara itu, peningkatan permintaan daripada loji tenaga turut menggugat jumlah eksport gas negara, justeru menyebabkan syarikat minyak nasional meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran daripada lapangan domestik serta menambah pegangan dalam projek minyak dan gas di peringkat antarabangsa.

Awal minggu ini, PETRONAS juga telah memeterai perjanjian awal dengan Qatargas untuk membekalkan kepada syarikat itu 1.5 juta tan LNG setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Perkara itu memberikan gambaran peralihan Malaysia daripada menjadi negara pengeksport bahan api itu kepada pengimport dalam usaha memenuhi permintaan loji tenaganya yang berkembang pada kadar enam peratus setahun.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata penemuan pertama adalah di telaga Zuhai East-1, yang terletak di Blok Samarang Asam Paya, kira-kira 130 kilometer di barat daya Kota Kinabalu.

Anggaran semasa kandungan gas di kawasan itu adalah 550 bilion kaki padu standard (bscf).

Pada masa sama, katanya, satu takungan yang sama di telaga berdekatan kira-kira lima kilometer ke timur dari kawasan penemuan Zuhai East diuji mengandungi aliran gas pada kadar maksimum 21 juta bscf sehari.

PETRONAS Carigali ialah pemegang ekuiti tunggal kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok Samarang Asam Paya itu.

Sementara itu, penemuan kedua pula adalah di telaga Menggatal-1 ditemui di Blok SB312, kira-kira 110 kilometer ke timur laut Kota Kinabalu.

PSC Blok SB312 itu adalah usaha sama antara PETRONAS Carigali yang memegang ekuiti 60 peratus dan KUFPEC Malaysia (SB 312) Ltd, iaitu satu anak syarikat Kuwait Foreign Petroleum Exploration Co, yang memegang baki kepentingan.

Berita disunting daripada Berita Harian

TENAGA NUKLEAR

Disediakan oleh: V.Thurka Devi & J.Kalai Selvi M

SMK Dato Mohd Said

6AP

Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan Radioisotop nuklear digunakan untuk membuat diagnosis penyakit. Hal ini membantu doctor mengesan penyakit seperti ketumbuhan otak, tiroid, kanser tulang, kanser buah pinggang,kanser jantung, dan kanser hati.Alat pengimbas CAT dan laser yang tercanggih juga melibatkan bahan radioaktif. Kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak. Pensterilan alatan perubatan lebih sempurna. Semua perkara ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Penggunaan tenaga nuklear juga penting dalam bidang pertanian. Sebagai contohnya,tenaga nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan. Hal ini membolehkan penghasilan baja serta kaedah membaja yang paling berkesan. Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak jantan dalam bidang kawalan biologi.Apabila serangga ini mengawan, tiada zuriat akan dihasilkan. Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal. Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik. Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman.

Teknologi nuklear juga penting dalam sector perindustrian. Teknologi nuklear dapat mengesan kebocoran paip bawah tanah.larutan radioaktif dimasukkan ke dalam paip yang disyaki bocor. Alat mengesan dapat mengesan kebocoran itu dari permukaan bumi.pengawalan ketebalan dan sambangan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan. Tenaga ini juga digunakan untuk mengukur kepadatan tembakau dan coklat. Alat komunikasi canggih seperti satelit dan internet turut memerlukan teknologi ini.

Tenaga nuklear juga merupakan tenaga alternatif yang baik. Bekalan petroleum akan kehabisan tidak lama lagi. Harga petroleum juga semakin meningkat. Dari segi kos seunit tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum. Kita juga tidak memerlukan kawasan yang begitu luas untuk menghasilkan tenaga nuklear. Di Negara maju seperti Perancis, 90 peratus bekalan elektriknya dihasilkan melalui janakuasa nuklear. Jepun yang maju dalam industri berat dan tidak mempunyai sumber tenaga asli bergantung pada tenaga nuklear untuk pembangunan Negara.

Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia. Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif. Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear Chernobyl di Rusia pada tahun 1986 mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi. Orang yang terkena radiasi akan mati dengan serta merta. Mereka juga akan mengalami mutasi genetic. Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai. Banyak penduduk kepulauan Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang dijalankan oleh Negara Perancis di kawasan tersebut.

Keselamatan dan keamanan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear. Negara-negara berkuasa besar berlumba-lumba menghasilkan senjata nuklear. Peluru berpandu nuklear dihasilkan dengan banyaknya. Senjata kimia yang digunakan semasa perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia. Jika berlaku peperangan yang menggunakan senjata nuklear, peperangan itu pasti akan melenyapkan tamadun manusia di bumi. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup kepada penduduk di situ dan generasi muda mereka. Kini,bom neutron pasti lebih dahsyat lagi.

Bahaya sisa radioaktif amat mengerikan.Oleh itu,wajarlah kita berwaspada dan beringat sebelum terlambat. Keselamatan generasi yang akan datang tidak sepatutnya digadaikan demi faedah atau kesenangan jangka pendek.

Sunday, July 24, 2011

KULIAH MINGGU 30

ISU MINGGU INI
Fokus Isu: Pil Pelansing

Pil Pelangsing Badan Fenfluramin

Produk pelangsingan badan yang mengandungi Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak.

Berhati-Hati Dengan Pil Pelansing Di Pasaran

Berhati-Hati Dengan Pil Pelansing Di Pasaran

Produk pelangsingan badan ini juga akan bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.

Akibat menggunakan produk pelangsingan badan yang mengandungi serotonin terlalu tinggi ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental. Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya produk pelangsingan badan ini diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis).

Produk pelangsingan badan dari fenfluramin biasa digunakan untuk merawat kes kegemukan melebihi 20 peratus berat badan yang dicadangkan. Produk pelangsingan badan ini boleh menurunkan sebanyak 10 peratus berat badan manakala dalam sesetengah kes sehingga antara 15 dan 20 peratus. Produk pelangsingan badan dari fenfluramin disyorkan kepada pesakit diabetes yang gemuk bagi membantu menurunkan berat badan mereka untuk mengelakkan risiko lain.

Kesan sampingan akibat mengamalkan pil langsingan sebagai produk pelangsingan badan antaranya ialah cirit-birit, mual mulut menjadi kering, hipertensi, sukar hendak tidur, rasa panas badan, berdebar-debar, sakit dada, berpeluh dan kerap membuang air kecil.

Walaupun kebanyakan jenama produk pelangsingan badan ini telah diharamkan di negara kita, tetapi masih ada lagi yang boleh diperolehi secara haram. Pengambilan pil-pil ini hanya akan mengundang bahaya kerana kebiasaanya ia tidak dilabel dengan lengkap dan pengguna sukar untuk mengenalpasi kesan akibat penggunaannya.

Adalah dinasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menggunakan produk pelangsingan badan. Sebaliknya jika ingin menguruskan badan lakukannya dengan cara yang selamat dan sihat, iaitu dengan bersenam, bersukan atau apa-apa aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh. Cuba jauhi penggunaan pil pelangsingan badan kerana ia mendatangkan pelbagai kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan yang hilang tetapi risiko jangka panjangnya juga perlu diambil kira sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan memakan makanan yang rendah glysemik. Ini kerana ia boleh mengekalkan kestabilan level glukosa dan dapat mengurangkan selera terhadap makanan yang tinggi karbohidrat, sekaligus dapat mengawal selera makan anda secara semulajadi dengan mudah.

Usana-Reset telah dijamin secara saintifik mengandungi rendah glysemik. Kajian menunjukkan 95% pengguna usana-reset dilaporkan kurang selera terhadap makanan karbohidrat selepas 5 hari pengambilan usana-reset. Program ini telah terbukti dapat menurunkan berat badan dengan cara paling selamat dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.kuruskanbadan.com

Friday, July 22, 2011

UKM PERLU NAIK TARAF PROGRAM IMPLAN


graduan

PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menaik taraf Program Implan Koklear UKM menjadi pusat kecemerlangan berteraskan perkhidmatan rawatan implan koklear terkemuka pada peringkat global pada masa depan.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah ini juga membolehkan tenaga pakar terbabit berkongsi idea, kepakaran, hasil penyelidikan dan rahsia kejayaan mereka dalam pembedahan implan telinga dan terapi pertuturan dengan pakar di hospital, pusat rawatan dan universiti tempatan mahu pun dari luar negara.


Katanya berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan Pasukan Implan Koklear UKM dan ulang tahun ke-10 Pusat Tutur UKM, perkara ini bukan suatu yang mustahil kerana difahamkan Pasukan Implan Koklear UKM sudah banyak kali terpilih menjadi perunding dalam penubuhan dan latihan untuk tenaga pakar di beberapa negara di rantau Asia termasuk Indonesia, Brunei, Vietnam dan Pakistan.

Gerak kerja ini juga salah satu inisiatif meningkatkan imej Malaysia sebagai negara memiliki kepakaran termoden dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Zulkifli A Hassan; Naib Canselor UKM, Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Ali.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, langkah ini selari dengan kejayaan Pasukan Implan Koklear UKM menjadi perintis rawatan koklear di Malaysia selepas berjaya melakukan pembedahan pertama terhadap Ang Boon Soo, 32, dari Kelantan, kira-kira 15 tahun lalu.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Wednesday, July 20, 2011

KAEDAH SAINS BAGI MENINGKATKAN HASIL PERTANIAN

NAMA:AZIZI HAZWAN BIN AHMAD ALLI

TAJUK:KAEDAH SAINS YANG DAPAT DIMANFAATKAN

UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERTANIAN

NEGARA.

Bioteknologi melibatkan penggunaan organisma hidup untuk

Menghasilkan produk alam proses pengeluaran.Kaedah ini telah berjaya membangunkan sektor pertanian menjadi lebih berdaya saing dengan menjana satu bentuk industri yang memberi penekanan berdasarkan kepada kemampuan sains dan teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

Kaedah kultur tisu dan pengklonan tumbuhan.Kaedah ini telah berjaya menghasilkan buah-buahan seperti durian,kelapa sawit,pisang dan sebagainya secara besar-besaran.Sektor pertanian mampu mnghasilkan buah-buahan yang berkualiti dengan menggunakan kaedah ini kepada tanaman mereka.Jika hasil buah-buahan berkualiti pasaran dalam bidang pertanian juga akan bertambah maju.Para petani disyorkan untuk menggunakan kaedah ini untuk tanaman mereka agar hasil tanaman mereka akan berkualiti dan dapat dipasarkan di dalam dan luar negara.

Selain itu,campuran gen pada kaedah bioteknologi dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil pertanian.Pengeluaran beras dan jagung juga semakin mendapat tempat di pasaran pada masa kini.Kaedah ini membolehkan tanaman tersebut mampu bertahan dan hidup lama di bumi ini.Pengeluaran hasil pertanian tidak akan terjejas walaupun keadaan cuava yang tidak menantu pada bila-bila masa.

Kaedah penggunaan bahan kimia tidak boleh dimanfatkan oleh para petani disebabkan penyalahgunaan bahan kimia tercetusnya pencemaran tanih dan juga tunmbuhan lain.Hal ini demikian kerana manusia memerlukan oksigen daripada tumbuhan dan tumbuhan perlu selamat daripada sebarang bahan kimia.selain itu, para petani juga akan dapat menghasilkan tanaman yang bersih daripada sebarang bahan kimai seperti chiordane dan heptachior bagi mengelakkan sebarang penyakit berlaku seperti keracunan makanan.

Penggunaan baja organik digalakkan oleh para petani untuk tanaman mereka.Kaedah ini telah dibuktikan suatu ketika dahulu yang boleh membantu sektor pertanian dalam negara kerana dapat menghasilkan tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik apat meningkatkan hasil tanaman kelapa sawit.Hal ini memudahkan kita untuk makan dengan senang dan selamat bagi para pengguna nanti.

Kesimpulannya,tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kaedah sains yang boleh membantu ekonomi negara seterusnya meningkatkan kualiti pertanian negara.Usaha serta galakan berterusan adalah perlu untuk memajukan teknologi yang amat berguna ini.